Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah ingin menekankan bahawa Astro bukan sahaja terkenal dek program realiti TV seperti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa atau Raja Lawak, tetapi turut menawarkan himpunan drama tempatan yang berkualiti. Drama-drama terbaik ini merangkumi pelbagai genre termasuk kekeluargaan, komedi, romantik dan aksi.