Tidak banyak yang hendak kufikirkan tentang hidup ini dalam usia 63 tahun sekarang. Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sudah lama lenyap dari diri ini. Sebenarnya semasa mudapun aku amat berwaspada dalam hidup ini. Walaupun aku punya seorang kekasih sebelum mendirikan rumah tangga dengan Aziz, tetapi kekasihku itu seorang yang amat taat kepada Allah. Selama empat tahun aku berkawan
