Mulai 1 April ini, semua artis Maestro yang seramai 37 orang artis akan diserap bawah Astro Entertainment Sdn. Bhd. Ini adalah untuk memperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis. AESB akan mengambil alih tugas dalam menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing. AESB yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu juga…
